top of page

COGAN KATA PASUKAN

“BERANI MATI” merupakan cogan kata bagi pasukan dan ianya membawa maksud warga maroon yang mempunyai semangat yang cekal lagi kental dalam menghadapi apa jua cabaran sehingga sanggup berkorban walau apa sahaja tidak kira di mana, keadaan dan masa walaupun terpaksa mengorbankan nyawa sendiri. Pengorbanan bukanlah dengan keadaan dengan sia-sia tetapi demi mempertahankan maruah agama, bangsa dan tanah tumpah darah yang tercinta. “BERANI MATI” sering dikaitkan dengan keberanian anggota-anggota atau individu ketika menentang musuh. Pemerintah British ketika itu menyebut ‘Branee Matee’. Penekanan cogan kata “BERANI MATI” mula diimplemantasikan di dalam acara rasmi dan tidak rasmi oleh Pegawai Memerintah ke enam belas iaitu Lt Kol Osman bin Mohd Isa ( 1 Jun 1982 hingga 31 Ogos 1984 ).

WARNA PASUKAN

“MERAH HATI” atau ‘MAROON’ telah dipilih sebagai warna pengenalan pasukan yang bermakna kekuatan hati dan semangat.

bottom of page