top of page

RAGAAN PASUKAN

Ragaan Utama 6 RAMD merupakan replika ‘Harimau Bintang’.  Harimau Bintang ini melambangkan kepantasan, keberanian dan kebolehan mencari dan menghidu mangsanya tidak kira tempat, waktu siang ataupun malam.  Keupayaan yang dimiliki oleh haiwan ini akan dapat dimiliki oleh setiap warga batalion ini pada bila-bila masa sahaja.  Bentuknya yang sedang mencari mangsa melambangkan bahawa anggota batalion ini sentiasa siap sedia menghadapi tugas dan tanggungjawab yang akan diamanahkan kepada mereka. Ragaan ini telah dihadiahkan oleh Presiden Kasavubu bagi pihak rakyat Congo sebagai penghormatan mereka terhadap jasa anggota-anggota batalion semasa berkhidmat di Congo mulai 25 Julai 1961 hingga 1 Mac 1962.  Ragaan ini telah diterima oleh Lt Kol Syed Mohammad bin Syed Ahmad Al-Sagoff iaitu Pegawai Memerintah yang Kelima pada 28 Februari 1962 di Markas Taktikal Bukavu, Congo.  Nilai ragaan ini dianggarkan RM5,000.00.

 

bottom of page